Friday, August 2, 2019

Sejarah Hidup Syeikh Abdul Qadir Jailani

Ibu bapa beliau Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di negeri Farsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan l Masihi lebih kurang. Nama bapanya ialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan iaitu anak yang tertua bagi Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shalallahu ialaihi wasallam, dan

bagi Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taat kepada Allah, Abdullah Shumaiya keturunan Imam Hussin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang
demikian, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan Hasan dan juga Hussin. Permulaan hayatnya yang pendiam. Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang berfikir dan bersopan santun. Beliau suka bermenung dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orang-orang soleh. Ini membuat beliau ingin pergi ke Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat pengajian dari berbagai-bagai jenis.


Beliau telah diberi gelaran Ghutsul A’zham, (wali Allah yang paling agung). Menurut istilah orang-orang sufi ghuts itu di bawah peringkat Nabi-Nabi dalam pangkat kerohanian dan dalam menyampaikan rahmat Allah dan kurniaNya kepada manusia. Ada juga orang zaman sekarang ini yang mengatakan beliau itu adalah dalam peringkat shodiqun sebagaimana yang diperkatakan oleh Al-Qur’an bagi orang-orang seperti itu. Adalah dikatakan bahawa semasa beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunya telah memasukkan 80 keping wang emas dalam bajunya dan dijahit dibawah ketiaknya. Sebelum berangkat pergi ibunya yang warak itu telah menasihati beliau supaya jangan
berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun. Beliau berjanji tidak akan berbohong. Beliau pun pergilah menurut satu qafilah yang hendak pergi ke Baghdad. Di tengah jalan iaitu di tempat bernama Hamdan qafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun. Penyamun itu tidak mengendahkan Abdul Qadir kerana rupanya yang seperti orang miskin sahaja. Tetapi datang seorang penyamun bertanya kepada beliau sama ada beliau ada wang. Abdul Qadir teringat pesanan ibunya supaya
jangan berbohong. Lantas beliau berkata: “Ya! aku ada 80 keping wang emas yang dijahit dalam bajuku oleh ibuku.” Penyamun itupun terkejut melihat Abdul Qadir bercakap dengan terus terang.

Mereka terkejut melihat ada orang yang berterus terang dan tidak mahu berbohong. Mereka bawa Abdul Qadir berjumpa dengan ketua mereka dan beliau disoal begitu juga. Abdul Qadir menjawab seperti tadi jua. Ketua penyamun itu memerintahkan baju beliau dibuka. Apabila baju itu dibuka, maka benarlah ada 80 keping wang emas dalam baju itu Sangatlah hairan ketua penyamun itu. lapun bertanya kenapa beliau sangat bercakap benar. Abdul Qadir pun menceritakan perkara beliau dengan ibunya itu dan pesanan ibunya itu supaya jangan bercakap bohong. Kata beliau lagi sekiranya dalam
permulaan jalan menuntut ilmu agama itu beliau bercakap bohong, maka ada kemungkinan ilmu agama yang sebenarnya dicarinya itu tidak akan didapati dengan memuaskan hati. Apabila mendengar yang demikian itu, ketua penyamun itupun bercucuran air matanya menangis lalu rebah terduduk dan ia terus bertaubat dari segala dosanya yang telah lalu. Adalah dilaporkan bahawa ketua penyamun itulah murid beliau yang pertama. Pendapat kita kejadian ini menunjukkan shodiq (benar) yang sedang dalam pembentukkan. Jika tidaklah kerana sifatnya yang benar itu, maka tentu sekali beliau tidak akan bercakap benar dalam keadaan merbahaya yang sedemikian itu.

Menuntut di Baghdad
Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Baghdad itu tetapi oleh kerana kecenderungan dan kemahuannya belajar, maka dapatlah beliau menguasai segala pelajaran beliau. Beliau menjadi pelajar yang paling baik di masa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah mufti yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada kerohanian itu makin memberontak hendak keluar. Beliau selalu bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang ada
pada beliau itu. Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu memintamakanan dari sesiapa pun walaupun tidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang sufi di Baghdad dan bergaul
dengan mereka. Dalam mencari-cari itu bertemulah beliau dengan seorang sufi bernama Hamad, seorang penjual syarabah (minuman) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar di zamannnya. Beransur- nsurlah wali ini membimbing Abdul Qadir dalam Thariqah Sufiah.

Hamad ialah seorang yang garang dan kasar dan layanan beliau terhadap Abdul Qadir ini sangatlah teruk. Tetapi Abdul Qadir memandang semua itu sebagai cara membetulkan kerosakkan- kerosakkan yang ada pada dirinya.

Latihan kerohanian
Setelah habis pengajiannya, beliau pun terus berlatih menurut latihan orang-orang dalam Thariqah Sufiah. Beliau menghindarkan dirinya dari segala keperluan dan keseronokkan hidup kecuali yang paling perlu untuk kehidupan. Beliau gunakan masa dan tenaganya untuk bersembahyang dan membaca Al-Qur’an. Beliau sembahyang Subuh kadang-kadang dengan wuduk sembahyang “Isyak. Kadang-kadang beliau tamat membaca seluruh Al-Qur’an itu dalam masa satu malam sahaja

Dalam tempoh latihan ini beliau menghindarkan dirinya dari manusia dan tidak mahu bertemu dan bercakap dengan sesiapa pun. Jika ia bersiar-siar keluar, ia pergi ke padang pasir seorang diri. Akhirnya beliau meninggalkan Baghdad dan tinggal di Shustar, satu tempat yang jauhnya 12 hari perjalanan dari Baghdad. Selama 11 tahun itu, maka latihan kerohanian beliau pun tamatlah. Beliau pun menerima apa yang dikatakan nur. Na fsu kebinatangan atau nafsu amarahnya pun kosong dari jiwanya dan beliau naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam segi kerohanian. Beliau pun hampir dengan Allah.


Digoda oleh syaitan
Satu kejadian kerohanian berlaku apabila mencapai peranan yang baru
juga berlakini yang diceritakan berupa satu cerita. Cerita-cerita seperti ini pernah berlaku kepada orang-orang besar dalam agama dan terkenal dalam sejarah. Iaitu adalah satu cerita godaan, nampaknya semua cerita-cerita seperti ini menyatakan kejadian dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa perumpamaan atau ibarat. Misalnya kita baca godaan terhadap Nabi Isa, iaitu bagaimana beliau dibawa ke atas bukit oleh iblis dan dari sana ditunjukkan kepada beliau kerajaan-kerajaan dunia dan menyuruh Nabi Isa menyembah dia (iblis) jika beliau hendak menjadi raja bagi segala kerajaan-kerajaan itu.

Kita tentu tahu apa jawapan Nabi Isa kepada Iblis. Seperti yang kita tahu, itu adalah satu kejadian perjuangan batin semasa detik-detik kehidupan yang rumit. Kejadian ini juga berlaku kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila baginda terus berdakwah tentang agama Islam, dan menentang kemusyrikan dan berhala kaumnya, pantang beliau iaitu pemimpin-pemimpin Quraisy yang cuba menggoda beliau dengan kecantikkan, kekayaan dan kekuasaan. Tiap-tiap Muslim tentu sedar apa jawapan Nabi. Kata beliau: “Aku tidak mahu kekayaan harta benda atau kekuasaan, saya diutuskan oleh Allah untuk menjadi pemberitahu kepada manusia. Aku sampaikan risalatNya kepada kamu sekalian. Sekiranya kamu terima, maka terselamatlah kamu di dunia dan di akhirat kelak, sekiranya kamu ingkar, maka Allah akan membuat keputusan antara kamu dan aku” Ini bukanlah pandangan batin tetapi adalah satu faktor konkrit dari dunia yang wujud ini Ini juga berlaku kepada Syeikh Abul Qadir Jailani. Ada dua riwayat tentang ini.

Pertama, suatu hari iblis datang menemui beliau yang menyatakan dirinya ialah malaikat Jibril dan berkata ia ada membawa Buraq (kenderaan yang ditunggang oleh Nabi tatkala Mi’raj) untuk membawa beliau pergi ke hadrat Allah. Mendengarkan itu, Syeikh Abdul Qadir pun tahu bahawa yang ada di hadapan beliau itu ialah iblis atau syaitan kerana Jibril dan Buraq datang ke dunia hanya
kepada Nabi besar MuhammadShallallahu ‘alaihi wasallam sahaja. Iblis itu gagal menggoda beliau, lalu mencuba yang lain pula, kata iblis: “Baiklah Abdul Qadir, kamu telah menyelamatkan dirimu dengan adanya ilmumu itu.” “Nyahlah kamu dari sini” kata Syeikh Abdul Qadir kepada iblis itu: “Jangan menggodaku lagi, bukanlah ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi sebenarnya aku terselamat dari perangkapmu dengan rahmat dan pertolongan Allah
jua”.

Kedua, satu masa Syeikh Abdul Qadir berada dalam hutan belantara tanpa makanan dan minuman beberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun hujan. Dapatlah Syeikh itu menghilangkan dahaganya. Dengan tidak semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan lembaga itu berkata: “Aku ini Tuhan kamu, sekarang aku halalkan segala yang haram untuk kamu.” Mendengar itu Syeikh itu pun membaca: “Aku berlindung dengan Allah dari gangguan syaitan yang direjam” Setelah membaca itu, lembaga itupun bertukar jadi awan. lalu berkata: “Dengan ilmumu dan rahmat Allah kamu telah terselamat dari tipu helahku.” Kemudian syaitan itu bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Syeikh itu bahawa apabila syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan segala yang haram, maka dengan serta merta ia tahu bahawa itu bukan datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak menghalalkan segala yang haram. Cerita ini ada bersamaan dengan apa yang berlaku kepada (Peter) Tetapi apa yang berlaku kepada Peter pengikut Nabi Isa yang agung, ini ialah beliau terpengaruh kepada syaitan itu, lalu menghalalkan yang haram dan terus membuang pengajaran Allah dan RasulNya. Sebaliknya Syeikh Abul Qadir Jailanitidak terpengaruh oleh syaitan walau sedikitpun. Saya berpendapat kedua-deua cerita itu mungkin benar yang menunjukkan dua kejadian yang berbeza dalam bahasa ibarat atau perumpamaan. Satu kejadian berkenaan perjuangan beliau (Syeikh Abdul Qadir) dengan kesombongan ilmunya. Yang satu lagi berkenaan perjuangan dengan kesusahan ekonomi yang mungkin menghalang seseorang dalam pengembaraan kerohanian menuju Allah. Keinginan untuk berkuasa dan keinginan untuk kesenangan adalah kelemahan-kelemahan terakhir yang akan meninggalkan hati dan fikiran pengembara-pengembara kerohanian ini. Hanya setelah seseorang itu dapat mengatasi kedua-kedua musuh kerohanian ini sahaja, makan barulah ia dapat layak menjadi pemimpin insan yang sejati.

Guru kepada orang ramai
Syeikh Abdul Qadir telah lulus ujian-ujian kerohanian itu, selepas itu jika beliau bercakap atau menasihati seseorang, maka beliau berbuat demikian bukan dari bidang kebijaksanaan akal sahaja lagi tetapi adalah dari bidang kerohanian, bidang kesedaran dan perwujudan diri. Pada masa itu keadaan umat Islam dalam mematuhi agama mereka telah merosot sekali, umat Islam tidak mempedulikan agama mereka lagi.

Memandangkan hal inilah timbul satu pandangan pada beliau, Pasa satu hari Jumaat dalam tahun 511
Hijriah, Syeikh Abdul Qadir memandang dalam batinnya bahawa ia seolah-olah sedang berjalan di satu lorong di Baghdad. Sedang berjalan itu beliau nampak seorang yang kurus dan sakit berada di tepi jalan dan orang itu mengucapkan salam kepada beliau. Beliau jawab salam orang itu. Orang yang kurus dan sakit itu tidak pun meminta beliau tolongkan ia hendak berdiri. Lalu Syeikh itupun menolongnya berdiri. Setelah ia tegak, orang itu dengan tidak semena-mena menjadi bertambah besar
dan gagah rupanya. Syeikh itupun berasa takut dengan keadaan itu tetapi orang itupun mententerankannya sambil berkata: “Aku ini ialah agama nenek moyangmu. Aku telah jadi sakit dan tidak berdaya, tetapi Allah telah menguatkan aku kembali melalui pertolonganmu.” Ini berlaku pada petang beliau menemui orang ramai di masjid. Setelah lama kemudian orang ramai pun memberi beliau gelaran Mahyuddin(bererti penghidup agama) Sungguhpun beliau telah mengeluarkan dirinya dari pengasingannya tetapi tidaklah beliau bersyarah di hadapan khalayak ramai lagi. Selama 11 tahun lagi beliau tinggal di penjuru bandar itu dan terus melakukan ibadatnya dan berlatih untuk mendapatkan nur kebatinan dalam hatinya.

Kira-kira dalam tahun 521 Hijriah barulah beliau mengajar orang ramai. Dia diberi satu madrasah untuk mengajar. Ilmu batinnya telah cukup untuk melengkapi dirinya. Pada mulanya sedikit sahaja murid beliau. Lama-kelamaan masyhurlah beliau sebagai seorang yang bijak, alim, wara’,soleh, mempunyai ilmu yang dalam dan tinggi dan kuat berpegang
kepada syariat. Ramailah orang yang datang mengunjungi beliau untuk memetik ilmu ilmu yang berharga dan bernilai tinggi daripadanya.

Lama-kelamaan madrasah itupun tidak mencukupi untuk menampung orang ramai itu. Dalam tahun 528 Hijriah rumah-rumah yang berjiran itupun diambil untuk menampung murid- murid beliau. Inipun tidak cukup. Pada tiap-tiap pagi Rabu beliau bersyarah di atas pentas untuk bersyarah kepada orang ramai. Inipun telah jadi sempit. Maka diadakan
pula tempat di luar bandar itu dan di situ dibina satu bangunan untuk beliau dan ini digelar Musafir Khanah. Biasanya beliau memberi syarahan tiga kali seminggu. Di Idghah pada
pagi Jumaat. Di madrasah pada malam Selasa, dan di Musafir Khanah (rumah tamu) pada pagi Rabu. Berbagai- bagai manusia datang belajar kepada beliau tentang berbagai bagai ilmu. Kaum sufi dan kaum fuqaha, orang kaya dan miskin datang menuntut. Bahkan orang-orang bukan Islam pun ada yang mendengar pengajarannya dan banyak yang masuk Islam di tangan beliau. Orang yang membuat dosa bertaubat setelah mendengar syarahan beliau,
demikianlah betapa kuatnya kekuatan kerohanian di sebalik syarah- syarahan beliau itu. 

Dengan kebesaran jiwanya itu beliau ditakuti dan dihormati oleh orang-orang besar di masa itu. Orang yang berjiwa besar demikian ini bukanlah dengan kehendak mereka sendiri berbuat demikian, tetapi adalah kehendak Allah jua. Mereka menyerahkan diri mereka seluruhnya kepada Allah. Mereka tidak menuju sesuatu melainkan dengan gerak dari Allah jua. Syarahan mereka itu bukan lakuan mereka sendiri tetapi adalah lakuan Allah jua dan mereka tidak perlu bersedia terlebih dahulu. Persediaan untuk bersyarah itu disediakan oleh Allah sendiri dan ilham untuk bersyarah itu datang langsung dari Allah Subhanahu wa Ta’ala apabila mereka bercakap, mereka bercakap dengan kehendak Allah. Itulah sebabnya syarahan mereka itu penuh dengan kekuatan dan kekeramatan.

Keluarga dan rumahtangga beliau
Sebelum tahun 521 Hijriah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak pernah berfikir hendak kahwin kerana sangkanya kahwin itu akan menghalang seseorang dalam perjalanan menuju Allah, Setelah beliau berumur 51
tahun, hasil dari bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wasallam beliau pun berkahwin dan mempunyai 4 orang isteri. Semua isteri beliau ini menjadi isteri yang baik dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27 orang dan yang lain itu perempuan, Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya.

(I) syeikh Abdul Wahab, anak yang sulung, menguasai ilmu yang luas dan dalam. Beliau diberi kuasa menjaga madrasah bapanya dalam tahun 543 Hijriah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pula memberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat Islam. Beliau memegang jawatan dalam negeri dan seorang yang sangat popular.

(2) Syeikh Isa, guru hadith dan fuqaha agung. Beliau juga mengarang puisi. Beliau juga seorang pensyarah yang baik dan juga menulis kitab- kitab kesufian (sufism). Beliau tinggal dan meninggal dunia di Mesir.

(3) syeikh Abdul Razak, seorang ulama dan hafaz hadith. Seperti bapanya beliau juga termasyhur dengan lurus dan benarnya. Beliau juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan popular di Baghdad.

(4) Syeikh Musa, ulama’ yang ulung. Pindah ke Damsyik di mana ia meninggal dunia.
Melalui Syeikh Isa iaitu nombor (2) di atas, 78 syarahan bapanya dalam buku ini sampai kepada kita. Abdul Wahab iaitu nombor (I) di atas, adalah sumber dua syarahan yang terakhir. Beliau ada hadir tatkala bapanya terbaring sebelum kembali ke rahmatullah.

Nombor (4) Syeikh Musa ada dinyatakan di akhir buku ini dalam syarahan ke 79 dan ke 80.
Dalam dua syarahan terakhir itu ada disebutkan 2 orang anak Syeikh tersebut yang ada hadir tatkala bapanya hendak meninggal dunia iaitu Abdul Razak (3) dan Abdul Aziz.

Pekerjaan biasa
Seperti yang kita ketahui wali Allah ini memberi syarahan kepada orang ramai 3 kali seminggu. Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadithdan hukum- hukum agama dan perkara- perkara yang bersangkutan. Selepas sembahyang Zuhur beliau menyampaikan fatwa tentang soal-soal hukum yang dikemukan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelum Maghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang-orang miskin. Selepas sembahyang Asar, beliau duduk menanti waktu makan buka puasa kerana kebiasaannya berpuasa siang hari sepanjang tahun. Sebelum makan beliau memanggil orang-orang berjiran siapa yang hendak makan bersama dengan beliau.
Selepas sembahyang Isya’ beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan sebahagian besarnya pada malam itu dengan ibadat kepada Allah seperti yang dikehendaki oleh Al-Qur’an. Oleh itu, sebagaimana pengikut Nabi yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada
kemanusiaan sepanjang hari dan kepada Allah sebahagian besar dari malam hari.

Kembali kerahmatullah
Beliau meninggal dunia dalam tahun 561 Hijriah (1166 Masihi) tatkala berumur 91 tahun. Hari itu ialah 11 haribulan Rabi’ul Akhir tarikh ini dikenangi oleh peminat-peminatnya sehingga hari ini dan dikenali sebagai Jayarurin Syarif di India dan Pakistan.

Pusaka beliau
Setelah wafat wali Allah ini, maka anak-anaknya dan murid- muridnya menubuhkan satu organisasi yang tujuannya menanam ruh kelslaman yang tulin dan membetulkan pengajaran Islam di kalangan manusia. Ini dinamai Thariqah Qadariah yang terkenal dengan teguhnya memegang syariat Islam hingga hari ini. Ini telah memberi jasa yang besar dalam Islam dan ilmu kebatinan dalam Islam. Antara pengajaran dan nasihat beliau yang masyhur itu, ada tiga di seluruh dunia. Yang paling agung dari yang tiga itu adalam Futuhul Ghaib. Yang kedua masyhur ialah Futuhul Rabbani, sekumpulan 68 buah syarahan dalam tahun 6- 545 Hijriah. Yang ketiga ialah Qasidah atau puisi yang menceritakan peranan dan pangkat auliya’ Allah dalam bahasa kesufian. Ini digelar Qasidah Al–Ghutsiah‘ Seperti juga dilain-lain thariqah agama, Thariqah Qadariah pada masa sekarang nampaknya lebih cenderung kepada Qasidah Al– Ghutsiah daripada yang lain-lain itu kerana yang lain-lain itu adalah mengandungi nasihat dan pengajaran untuk membaikki diri dan menyampaikan perutusan dari alam ghaib sahaja.
Pengaruh Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar dalam sejarah Islam dan
peribadinya bersinar terang seperti intan yang pada ruh Islam hari ini
dan begitu juga sebelumnya.

No comments:

Post a Comment