Thursday, August 1, 2019

5 Amal Masjid

5 Amal Masjid


Pendahuluan

Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting

dalam pembangunan Islam dan umatnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah saw selepas berhijrah dari Makkah ke Madinah ialah membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba. Masjid telah menjadi tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan merupakan pusat penyebaran dakwah dan ilmu-ilmu Islam.



Solat berjemaah, pengajian agama dan juga perhimpunan keagamaan juga turut diadakan di masjid. Namun begitu masyarakat hari ini kurang faham dan tidak memberi sambutan yang menggalakkan terhadap fungsi masjid. Oleh yang demikian, Alim Ulama telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah untuk menyedarkan masyarakat demi pentingnya masjid dalam kehidupan.

Namun begitu, masih wujud kelemahan dan masalah dalam menjalankan fungsi masjid kepada masyarakat. Maka jemaah Tabligh dilihat mampu menghidupkan amalan-amalan Masjid yang hampir mirip amalan masjid seperti zaman Nabi Muhammad dan para Sahabat pada suatu masa yang dulu.
Inti dakwah yang dilaksanakan jemaah Tabligh merupakan persepsi masyarakat terhadap pengurusan aktiviti dakwah dan masalah pengurusan aktiviti dakwah di seluruh dunia.

5 AMAL MASJID
5 amal masjid itu adalah amalan-amalan orang Islam yang telah wujud di Masjid Nabawi pada zaman Baginda Nabi Muhammad SAW. Kelima-lima amal tersebut adalah ASAS (adab Usul) kepada 4 amalan besar dalam agama iaitu:

1. EMPAT (4) PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN

1.1 Dakwah
  • Dakwah Umumi
  • Dakwah Khususi
  • Dakwah Infradi
  • Dakwah Ijtimai'

1.2 Taklim Taklum
  • Taklim Kitabi
  • Halqah Tajwid
  • Muzakarah Adab-adab
  • Muzakarah 6 sifat Sahabat

1.3 Ibadat
  • Solat
  • Al-Quran
  • Zikir
  • Doa

1.4 Khidmat
  • Khidmat diri sendiri
  • Khidmat Jemaah
  • Khidmat Amir-Sub
  • Khidmat Masjid
2.  EMPAT (4) PERKARA YANG PERLU DIKURANGKAN

2.1   Kurangkan Cakap Sia-sia
2.2   Kurangkan Masa Makan dan Minum
2.3   Kurangkan Masa Rehat dan Tidur
2.4   Kurangkan berada di luar Masjid


3. EMPAT ( 4 ) PERKARA YANG PERLU DITINGGALKAN

3.1   Jangan mengharap pada Makhluk dengan hati
3.2   Jangan meminta pada makhluk dengan lisan
3.3   Jangan meminjam barang orang tanpa izin
3.4   Jangan membazir


4. EMPAT ( 4 ) PERKARA YANG JANGAN DISENTUH

4.1   Jangan sentuh Mazhab Khilafiah
4.2   Jangan sentuh Politik dan Isu Semasa
4.3   Jangan sentuh pangkat darjat keturunan
4.4   Jangan Derma Menderma

Empat perkara tersebut dinamakan tentang Usul-Usul atau adab tertib dalam dalam usaha ini. Adab-adab ini bukanlah sukar untuk diamalkan jika kita sentiasa Mujahadah dan Istiqamah. Untuk mengamalkan keseluruhan 4 amalan besar tersebut, maka, para ulama telah mengariskan agar setiap orang Islam untuk membuat 5 amal masjid. Lima amal jemaah masjid tersebut adalah :

1.Mesyuarat / Fikir Harian: hal ehwal agama di kampung kita. Apa kerja telah dibuat semalam dan apa lagi kerja kita perlu buat supaya 100% orang di kampung kita taat Allah SWT ikut sunnah Nabi SAW.

2.Usaha Harian: beri masa di masjid 8 jam setiap hari, sekurang-kurangnya 2½jam untuk buat apa yang telah dimesyuaratkan.

3.Taalim Harian: bacaan hadis kelebihan amal supaya kita cinta untuk bersolat, baca quran, zikir, bersedekah dsb. Bacaan dibuat di masjid dan di rumah masing2, sekali sehari (30 minit). Taalim rumah beserta Muzakarah 6 Sifat Sahabat.

4.Ziarah Mingguan: Ziarah / Gasyt 1 – dari rumah ke rumah seminggu sekali untuk bersilaturahim di kampung kita dan Ziarah / Gasyt 2 – di kampung berdekatan.

5.Keluar Ke Jalan Allah Bulanan dan Tahunan: keluar ke surau / masjid lain selama 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun, 4 bulan seumur hidup.

Kerja dakwah sebenarnya adalah untuk perbaiki diri kita sendiri dan bukannya untuk perbaiki diri orang lain. Manfaat dakwah yang utama ialah untuk Islah (memperbaiki/memperbetulkan) diri kita.


Firman Allah Taala: (Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya… ) (An-Nisaa’ 4: 136) 
Mufassirin menyatakan makna ayat ini seolah-olah menyatakan, ”Wahai orang-orang yang beriman, hiduplah kamu dengan kehidupan yang beriman. Iman yang sempurna dan amalan yang sempurna.” Iman yang ada di dalam hati, mazharnya ada dalam kehidupan dan amalan kita.”

Firman Allah Taala: (Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.) (Ya Sin 36:10) Perkataan ’mereka’ di dalam ayat ini, merujuk kepada ’golongan yang didakwah’. Kesan dakwah kepada mereka sama sahaja, tetapi kepada ’orang yang melakukan dakwah’ ada manfaatnya untuk diri mereka itu sendiri.

Firman Allah Taala: “(Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.)” (Al-Ankabut 29: 6)


BEBERAPA KISAH DARI HADIS :

Dalam satu peperangan, ada seorang tawanan perang di bawa dihadapan Rasullulah SAW. Nabi SAW memerintahkan sahabat supaya dia diikat di tiang masjid selama tiga hari, kerana masa tu tiada penjara. Nabi perintahkan juga supaya tawanan itu dilayan dengan baik, diberi makan dan minum yang terbaik selama tiga hari dalam masjid.

Selama tiga hari ditawan dalam masjid, tawanan tersebut melihat amalan-amalan para sahabat dalam masjid dan para sahabat bergaul dan berkasih-sayang antara sama lain. Amalan-amalan yang terdapat dalam masjid pada ketika itu membuatkan tawanan tersebut terkesan dengan suasana amal dalam masjid Nabi.

Setelah cukup tiga hari dalam tawanan, tawanan tadi dilepaskan pergi oleh Nabi SAW. Namun, setelah dilepaskan oleh Nabi, tawanan tadi telah berpatah balik ke masjid dan menyatakan keinginannya untuk menerima Islam.


Taklim wa Taklum

Ta'alim wa ta'allum dalah perintah Allah swt dan sunnah Rasulallah saw. Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulallah saw, dan wahyu itu disebarkan kepada manusia. Ta'alim wa ta'allum adalah salah satu amalan Masjid Nabawi,pusaka Rasulallah saw dan ruh agama. Jika amalan ta'alim wa ta'allum tidak dilaksanakan, maka manusia tidak akan mengenal Allah swt dan tidak akan mentaati perintah Allah swt. Jika hal ini terjadi, maka Allah swt akan menurunkan bencana. Rumah yang didalamnya terdapat majlis ta'alim, bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulallah saw. Barangsiapa yang mewarisi pusaka Rasulallah saw, maka akan diturunkan rahmat dan barakah, ketenangan dan ketenteraman akan terwujud di rumah tersebut.

Rumah yang diadakan majlis ta'alim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat. diturunkan taufiq,hidayah serta rahmat. Segala amal buruk. kegelapan, ketegangan akan dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan ta'alim akan membawa cahaya dan akibatnya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan damai.


Langkah-langkah yang harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta'alim di rumah kita:

1. Suami isteri dan keluarga bermusyawarah agar semua memahami betapa penting dan mulianya majlis ta'alim ini.

2. Tentukan waktu untuk ta'alim. Waktu yang terbaik untuk ta'alim adalah jika semua ahli keluargasedang berkumpul.

3. Melaksanakan ta'alim di tempat yang istiqamah.

4. Bawa adab-ada majlis dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat,berwudhuk dan sebagainya.

5. Buku yang dipergunakan adalah kitab Fadhail A'mal.

6. Waktu untuk ta'alim dirumah adalah tidak terhad sekurang-kurangnya 30minint sehari.

Jika kita dapat membentuk majlis ta'alim dirumah itu bererti ada ciri-ciri sunnah Rasulallah saw dan para sahabat di dalam rumah kita. Insyaallah, sebagaimana Allah swt mendidik mereka, begitu juga Allah swt akan mendidik kita. Segala sifat yang ada pada diri mereka sedikit-sedikit akan kita miliki.


Tujuan diadakan Majlis Ta'alim:
1. Tujuan kita mengadakan Majlis Ta'alim adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt dan mendapat keredhaanNya.

2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulallah saw yang menjadi asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari.

3. Apabila kita sering duduk di dalam majlis ta'alim Fadhail Amal. maka kita akan rasa ghairah untuk mengamalkan agama.

4. Majlis ta'alim menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini dengan ilmu Allah swt Yang Maha Luas.

5. Supaya kita dapat luangkan waktu untuk belajar agama.

6. Supaya kita dapat memiliki fikir dan risau seperti yang dimiliki oleh suami-suami kita. Dengan demikian, sepasang suami isteri akan memiliki fikir dan risau yang sama.

7. Untuk mengetahui segala perintah Allah swt dan Sunnah2 Rasulallah saw serta alam akhirat.
Untuk menghubungkan ilmu dengan amal.

8. Untuk memasukkan Nur kalamullah dan Nur sabdaan Rasulallah saw ke dalam hati kita.


Keutamaan Majlis Ta'alim 
Sebuah hadith menyebutkan yang ertinya "Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulallah saw bersabda, " Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya." ( hadith riwayat Muslim, Abu Daud)

Ada banyak sekali kelebihan yang akan kita peroleh apabila mengadakan majlis ta'alim, di antaranya majlis ini merupakan majlis ampunan dosa-dosa pesertanya akan digantikan dengan kebaikan. Walaupun seseorang hanya kebetulan saja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah swt, orang itu tetap akan diampuni seperti yang lain. Allah swt akan menurunkan rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka bumi ini yang Allah swt senantiasa menurunkan rahmatNya:

1- Masjidil Haram
2- Makam Rasulallah saw
3- Pada bulan Ramadhan
4- Majlis-majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.

Jika kita senantiasa menghadiri majlis ta'alim, maka kita akan mendapat perbaikkan 5 aspek agama dalam kehidupan kita iaitu:

1- Imaniyah
2- Ubudiyah
3- Muammalah
4- Muasyarah
5- Akhlak

Kita juga akan mendapatkan sakinah atau ketenangan jiwa. Sebuah majlis ta'alim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak diingat nama Allah swt di dalamnya. Para malaikat akan melihat tempat-tempat majlis ta'alim seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Sesaat saja duduk di majlis ta'alim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang pesakit. Majlis ta'alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke perkuburan. Apabila kita keluar rumah untuk menuntut atau mengajar ilmu kerana Allah swt, maka, 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya dibawah kaki kita dan semua makhluk Allah swt yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita.

Rasulallah saw bersabda bahawa majlis ini merupakan kebun-kebun syurga. Majlis ta'alim juga merupakan pusaka warisan Rasulallah saw. Dan rumah yang didalamnya diadakan majlis ta'alim, maka rahmat dan keberkatan akan datang, sakinah. ketenagan, serta ketenteraman akan terwujud.

No comments:

Post a Comment