Thursday, November 25, 2021

 Ana Al-Haq – Ahdiat (KeEsaan)


BAB 1

Ahdiyat (KeEsaan)


1. Hakikat perkataan ialah ‘ Alif ‘ hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat. Hakikat dakwat ialah cecair, hakikat cecair ialah debu-debuan (atom-atom), hakikat debu-debuan (atom-atom) ialah unsur dan hakikat unsur, ialah cahaya Allah. Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah “Air Kehidupan” jika anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika anda lihat huruf dakwat hilang.

2. Zat ternyata dengan dua kesempurnaannya, iaitu Zat ternampak pada anda dengan Jamalnya (keindahannya) dan Jalalnya (keagungannya) Jika ia tidak menampakkan dirinya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan dirinya? Maulana berkata : “Jika anda berkehendakkan bayangannya, lihatlah muka manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya“.

3. Zat dalam peringkat ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ? Apa juga yang ternyata adalah daripada Sifat. Kewujudan (existence) di ketahui daripada kesan ( effect ) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah kesan sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah dunia ini wujud daripada Sifat? Keupayaan sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda dapati akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradatmendapatkan bentuk fikiran, kuasa – otak, pendengaran – telinga, penglihatan – mata, perkataan – lidah.


4. Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat. Seluruh alam dunia ini adalah terdiri daripada bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahanbentuk-bentuk ini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat.

 5. Yang pasti ada dan A’yan tersembunyi dalam ghaib. Apa yang nampak ialah manifestasi (penunjuk) Zat Mutlak dalam bentuk A’yan. Zat Mutlak dan A’yan adalah tersembunyi – apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal (mithal). Salik tidak melihat Wujud atau A’yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja.

6. Kita tidak mengetahui zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak, tidak terjangkau oleh dzauk, perasaan, fikiran, khayalan dan pengetahuan kita.

7. Cinta adalah rahsia Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya (essence). Ianya tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun nabi-nabi dan wali-wali Allah. Pengetahuan yang paling sempurna berkenaannya adalah ‘tidak tahu’. Ianya tidak terkandung dalam pengetahuan ataupun dalam Wahyu- ianya tidak dapat di bawa dalam lingkungan Keindahan. Apa yang dapat oleh pencinta-pencinta Allah dan sufi dalam ma’arifat mereka adalah tidak lebih dari penyataan (epiphanies) dan misal sahaja. Yang Mutlak itu tidak dapat di bawa dalam lingkungan penyataan dan misal. Orang yang nampak bayangan matahari dalam air bukanlah bererti dia telah nampak matahari itu sebenarnya. Kata Nabi Muhammad s.a.w.yang bererti, “saya tidak mengetahui Mu lebih dari setakat mana saya patut mengetahui Mu” Pengetahuan tentang dirinya adalah dengan Dia jua, tidak berkongsi dengan siapa dan apa jua.

8. Peringkat di mana yang Haq itu tidak menyatakan kepada dirinya di gelar dan lain-lain. Peringkat di mana ianya menyatakan atau menunjukkan kepada dirinya di gelar Ahdiyyat – Sempadan Pertama ( First Limitation ) Hakikat Muhammad dan lain-lain. Peringkat di mana Ianya menunjukkan pada diri dan pada ‘Yang Lain’ secara perincian di gelar Sempadan Kedua. Peringkat di mana ianya menunjukkan pada Diri dan ‘Yang Lain’ secara terperinci dalam pengetahuan digelar Hakikat Kemanusiaan – Nafas Suci. Peringkat di mana ianya menunjukkan secara perincian (in detail) keluar di gelar Alam Arwah, Alam Mithal dan Alam Ajsam – dan alam-alam ini merupakan “yang di jadikan”.

9 Apabila Wujud itu tersendiri, ia berada dengan sendirinya dan memerhatikan dirinya sendiri. Tidak ada yang tidak cukup padanya. Ianya pengetahuan yang tidak berlawanan dengan kejahilan. Ianya sedar tentang ‘ ke-AKU-an ‘-nya yang abadi. Syak dan waham dalam kewujudannya sendiri tidaklah mungkin. Dengan sendirinya Ianya sempurna. Ketidaksempurnaan adalah berkaitan hanya pada bentuk. Ianya abadi dan tidak bertukar-tukar dan sentiasa ada. Perkara ‘sementara’ dan bertukar-tukar dan hilang hanya tertentu bagi bentuk. Hu ( Dia ) yang ghaib menjadi ‘Aku’- menzahirkan Dirinya. Oleh itulamazhab Syattariyah membuang kenafian dan mengambil ke-iya-an. Sia-sia sahajadalam Maraqaba ( meditasi ) jika kenafian yang di pedulikan kerana itu bererti menafikan perkara yang tidak ada- seperti menghidupkan kuda yang mati dalam khayalan dan kemudian memukulnya. Dalam agama Syattariyyah tidak ada memfanakan diri, tidak ada di situ melainkan ‘Aku ialah Aku’.

10. Zat itu mutlak.Tidak berbentuk. jika berbentuk maka itu adalah bentuk yang mutlak (sebagaimana yang di katakan oleh Syekh Al-Akbar Muhiyyudin Ibn Arabi) yang padanya semua bentuk-bentuk yang ada hadnya bergantung. Ia menjadi manusia berbentuk ( bayangan ) Rahman. Kayu mempunyai bentuk yang tersendiri; lain-lain bentuk itu tidak ada bersangkutan dengan bentuk kayu yang mutlak. Apabila ia berkehendak, Ia ambil satu bentuk dalam bayangan – sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bererti “Aku nampak Tuhan ku berbentuk seorang belia yang tidak berjanggut” Ini adalah misalan sahaja. Jika tidak tentulah banyak orang yang akan sesat. Bukanlah yang mutlak yang nampak dalam misalan

Friday, August 2, 2019

Sejarah Hidup Syeikh Abdul Qadir Jailani

Ibu bapa beliau Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di negeri Farsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan l Masihi lebih kurang. Nama bapanya ialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan iaitu anak yang tertua bagi Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shalallahu ialaihi wasallam, dan

bagi Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taat kepada Allah, Abdullah Shumaiya keturunan Imam Hussin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang
demikian, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan Hasan dan juga Hussin. Permulaan hayatnya yang pendiam. Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang berfikir dan bersopan santun. Beliau suka bermenung dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orang-orang soleh. Ini membuat beliau ingin pergi ke Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat pengajian dari berbagai-bagai jenis.

Thursday, August 1, 2019

5 Amal Masjid

5 Amal Masjid


Pendahuluan

Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting

dalam pembangunan Islam dan umatnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah saw selepas berhijrah dari Makkah ke Madinah ialah membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba. Masjid telah menjadi tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan merupakan pusat penyebaran dakwah dan ilmu-ilmu Islam.

Wednesday, July 31, 2019




Tok Kenali – Tokoh Ulama Dan Sufi Ulung Dari Kelantan

Tok_kenali

Bagi pengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki tokoh-tokoh ulama dan “sejarah kelantan” maka nama Tok Kenali, secara langsung atau tidak akan muncul dalam senarai. Mengikut perkembangan sejarah, Tok Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa itu.

Tanda Penyakit Hati


TANDA-TANDA PENYAKIT HATI


“Hai anak Adam, Aku telah menciptakan taman bagimu, dan sebelum kamu bisa masuk ke taman ciptaan-Ku, Aku usir setan dari dalamnya. Dan dalam dirimu ada hati, yang seharusnya menjadi taman yang engkau sediakan bagi-Ku.”